Ahad, 29 Oktober 2017

Protein Soya Untuk Bapa Yang Sibuk Bekerja!


Menjadi seorang bapa adalah suatu anugerah terindah untuk seseorang lelaki dan ianya hadir dengan tanggungjawab yang besar. Disamping mengasihi keluarga tanpa syarat, seorang bapa bertanggungjawab menyediakan keperluan zahir batin dan melindung keluarganya setiap masa. 

Atas asbab itu, kaum Adam juga memerlukan energy booster untuk mereka mengharung cabaran rutin harian. ESP Shaklee - Protein soya jawapannya!

Kenapa ayahnya perlu minum ESP?

1 - Tenaga berkekalan
Karbohidrat dicernakan dan ditukarkan kepada tenaga  pada kadar yang cepat. Hasilnya kandungan gula dalam darah meningkat naik dengan cepat dan menjunam cepat juga. Akibatnya badan akan merasa letih, cepat marah dan cepat lapar.

Protein soya on the other hand, memberi kesan sebaliknya. Dengan bacaan glycemic index nya yang rendah (39), kandungan gula dan insulin dalam darah dapat dikekalkan pada paras yang sihat. Ini memberi kesan kenyang yang lebih lama dan mengekalkan tenaga sepanjang hari.

2 - Pembentukan otot yang sihat dan kuat
Selain membantu pembentukan otot yang kuat dan sihat, pengambilan protein soya secara teratur juga dapat menyokong kesihatan tendon dan ligament serta tisu badan yang lain.

Protein soya ada isoflavone semulajadi yang dapat membantu tingkatkan jisim otot, komposisi tubuh yang lebih menarik dan menggalakkan penurunan berat badan.


3 - Mengekalkan kekuatan otot
Protein soya mengandungi 9 asid amino perlu yang sangat penting untuk pertumbuhan, pembentukan dan dan memelihara jisim otot. Kajian menunjukkan bahawa gabungan susu dan protein soya mampu tingkatkan kekuatan dan jisim otot terutama ketika menjalani latihan rintangan.

4 - Tingkatkan kesihatan prostate
Protein soya merupakan antara natural remedies untuk kesihatan lelaki di mana bukti epidemiologi mendapati bahawa lelaki yang makan soya setiap hari akan berisiko lebih rendah berbanding mereka yang tidak ambil soya dalam diet mereka. Bukti tersebut juga menunjukkan bahawa risiko dapat dikurangkan sebanyak 50% dan meningkatkan tahap kesihatan prostate dan kesuburan lelaki.

Itu antara sebab kenapa ayahnya perlu ambil ESP dari sekarang!

Nanti kaknjang cerita kenapa kena bagi ESP kat anak-anak pula. Kepentingan ESP untuk Atok dan Nenek. Kepentingan ESP untuk kaum ibu.

Sebelum tu, dah beli ESP? Kaknjang jual!


Yours sincerely;
Kaknjang - MomIsHome - Azura Abdul

Boleh WhatsApp kaknjang 019.668.6767 

Atau klik pada link di bawah:



Yours sincerely;
Kaknjang - MomIsHome - Azura Abdul

Protein Soya Untuk Atok dan Nenek Kembali Bersemangat!

Protein merupakan nutrien terhebat terpenting yang memberi banyak manfaat kesihatan untuk semua. Paling penting sekali, protein menyokong sistem imun yang sihat terutama sekali ketika menjangkau usia emas.

Namun, untuk mendapatkan sumber protein terbaik yang lengkap dari sumber haiwan atau solid food (daging merah atau ayam) seperti ketika muda adalah sangat mencabar. Ini kerana otot rahang, gusi dan gigi dah tak sekuat waktu muda belia dahulu.

Tak perlu risau. Protein soya dalam bentuk serbuk mempunyai asid amino perlu yang lengkap bagi menyokong sistem imun yang sihat agar warga emas dapat menjalani hidup yang lebih berkualiti.

Kaknjang memang suruh mak minum ESP setiap pagi. Alhamdulillah mak ikut. Dan mak memang tak pernah missed minum pagi kombinasi ESP + MealShakes + Susu + Oat + Nestum (dan pisang sesekali)

Alhamdulillah pada umur 72 tahun mak kaknjang masih sihat dan boleh ke masjid berjalan kaki, solat berdiri, naik tangga turun tangga, ke kelas agama, ke rumah anak cucu dan melayan selera makan anak cucu.

Kenapa ESP ni terbaik untuk warga emas?

1 - Sustained Energy! ESP membekalkan tenaga yang berterusan sepanjang hari.
Tenaga yang berterusan InSyaaAllah menjanjikan stamina yang lebih dari biasa untuk atok dan nenek menjalani rutin harian. 

Protein soya ESP Shaklee ni mengandungi Indeks Glisemik yang rendah (39 GI) yang dapat membantu menstabilkan gula dalam darah dan dalam masa yang sama memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

So, atok & nenek... Say bye-bye to tiredness; hello sustained energy!!!

2 - ESP mengawal dan menggalakkan tahap kolesterol yang sihat.
Risiko masalah jantung meningkat seiring dengan usia. Sebab itu lah pentingnya untuk memastikan jantung mengepam dengan kuat dan sihat supaya edaran darah lancar.

Tahukah anda? Pengambilan 25g protein soya setiap hari mampu menurunkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan paras kolesterol baik dalam darah. Dalam masa yang sama menurunkan paras triglycerides (lemak dalam darah).

3 - ESP melegakan / meredakan / mengurangkan gejala menopause.
Frankly speaking, kaknjang tengah bersiap sedia untuk menghadapi menopause. Scary... tapi itu adalah kitaran hidup. Nak tak nak memang kena hadap. 

Kaum hawa akan memasuki era menopause dalam usia antara 45 - 55 tahun. Antara gejala biasa adalah seperti hormon yang tidak menentu naik turunnya, emosi tidak stabil, susah tidur malam, panas dalam. Fasa ini sangat mencabar dan boleh menjejaskan kualiti hidup.

Dengan pengambilan protein soya yang teratur, gejala-gejala tersebut dapat dikurangkan. Pengambilan protein soya juga dapat mengurangkan masalah panas dan berpeluh di waktu malam, sakit-sakit otot, dan membantu tingkatkan kepadatan/ketumpatan tulang.

Itu antara sebab kenapa ESP sangat-sangat membantu Atok dan Nenek untuk kekal aktif bertenaga pada usia emas mereka!


Nanti kaknjang cerita kenapa kena bagi ESP kat Ayahnya pula. Kepentingan ESP untuk kaum ibu.

Sebelum tu, dah beli ESP? Kaknjang jual!


Yours sincerely;
Kaknjang - MomIsHome - Azura Abdul

Boleh WhatsApp kaknjang 019.668.6767 

Atau klik pada link di bawah:



Yours sincerely;
Kaknjang - MomIsHome - Azura Abdul



Klik di sini untuk pembelian ESP secara online.

Jumaat, 27 Oktober 2017

Protein Soya Untuk Wanita Yang Sibuk

Bila kaum hawa ni dah mula beranak pinak, macam-macam watak kita boleh nampak. Ada masa dia nampak ayu sangat, ada masa tetiba dia dah jadi mak kau hijau!

Kita-kita ni yang mana 'perempuan'lah memang akan fokus kepada selain diri sendiri. Memang tak de masa nak fokus kepada diri sendiri.

Kalau wanita yang bekerjaya, awal-awal pagi dah bangun nak siapkan itu ini untuk semua orang dalam rumah, baru lah ada masa utk diri tu siap ke ofis. Tengahari anak-anak diuruskan oleh khidmat transit. Balik kerja terus balik rumah untuk sediakan makan malam dan berkemas itu ini mana yang sempat. Kadang tu lewat malam baru boleh landing atas katil.

Bagi yang tidak bekerja di ofis, cabaran dia lebih hebat. Sebab what's in between 9-5 tu semua dia akan buat sendiri. Uruskan anak-anak balik dan ke sekolah semula untuk kelas agama atau ko-kurikulum, hantar tusyen, masak, mengemas, mendobi... Ada yang bekerja dari rumah perlu uruskan kerjanya juga sambil uruskan apa yang di rumah.

Hmmm... kaknjang faham sangatlah dengan semua-semua ni... sebab kaknjang pun dah memang pernah sampai ke tahap jadi incredible hulk dah! Addeh... itu sebelum mula berShaklee la.

Bila mula kenal Shaklee, kaknjang mula dengan ESP - soy protein dan Ostematrix - more than calcium-magnesium. Tapi hari ni nak cerita pasai ESP saja. 

Bila dah mula berESP, energy level jadi up sikit. Bila lebih bertenaga, mood pun boleh bertukar. Buat kerja/tugas tak de lah grumpy sangat. Penat tu memang lah penat tapi masih boleh senyum towards the end of the day.

Apa sebenarnya kebaikan ESP - protein soya ni kepada kaum hawa?

1 - Menggalakkan Kulit Sihat Berseri
Bila kita ambil protein soya yang berkualiti tinggi, kandungan asid amino perlu yang lengkap mampu membantu pertumbuhan kulit yang sihat dan berseri-seri.
Protein soya berkualiti tinggi mempunyai isoflavon yang mimik aktiviti estrogen yang membantu menjadikan kulit kelihatan lebih muda. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon dari protein soya bantu menganjalkan kulit.

2 - Menguatkan Rambut Dan Kuku

Rambut keghing keghesiau, rambut gugur, kuku rapuh ni semua disebabkan oleh pemakanan kita yang tak cukup nutrisi terutamanya protein berkualiti tinggi. 

Tanpa asid amino yang lengkap, tubuh tidak mampu menghasilkan keratin yang cukup. Hasilnya - rambut dan kuku mula menipis dan rapuh.

3 - Meredakan Gastrik
Bila sibuk dan sikap yang lebih mementingkan orang lain berbanding diri sendiri, kaum hawa ni akan menghalalkan termissed time makan. Sekali dua tu ok. Tapi bila itu dah jadi kebiasaan, perut akan jadi tidak menentu. 

Ketidakhadaman, senak, kembung, sebu, gastrik semua tu mula jadi sahabat baik kita. Tak tinggal punya kita ni... ada je dia.

Protein soya yang terbaik mampu mengatasi semua masalah tu sebab senang nak sediakan dan kaum hawa boleh terus minum walau dalam kesibukan yang melampau.

Kajian juga menunjukkan pengambilan protein soya mampu mengurangkan rembesan asid gastrik dalam perut. Hasilnya - kurang gastrik. Perut lebih selesa.

4 - Sokong Kehamilan Yang Sihat
Kehamilan yang sihat sangat penting untuk ibu dan bayi yang dikandung. Menjadi sorang ibu yang sibuk tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mendapat nutrisi yang lengkap bagi menyokong kehamilan ini.

Sepanjang kehamilah, ibu perlukan protein yang cukup bagi menyokong pembesaran bayi dalam kandungan. Pengambilan protein yang cukup dan konsisten sepanjang kehamilan dapat membantu tingkatkan berat dan ketinggian bayi semasa kelahiran dan mengurangkan risiko bayi terlalu kecil, berat terlalu rendah ketika lahir.

5 - Menggalakkan Penghasilan Susu Badan
Susu ibu merupakan sumber makanan yang mebekalkan nutrisi terbaik untuk menyokong tumbesaran bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi yang membekalkan immuniti  pertama untuk usus bayi bagi menerima sumber makanan yang bakal diberikan.

Protein soya berkualiti tinggi dapat membantu memenuhi keperluan protein si ibu bagi menyokong penyususuan yang lebih berkualiti.

Malangnya ibu-ibu yang sibuk ni kerapkali mengabaikan pengambilan protein terbaik yang lengkap ketika mereka masih menyusu. Ini bakal mengganggu kualiti penyusuan bayi kerana tubuh si ibu tanpa asid amino perlu yang lengkap mengganggu penghasilan susu badan.

Itu antara sebab kenapa ESP sangat-sangat membantu kaum hawa untuk kekal aktif bertenaga walau berdepan dengan multi-tasking yang bercabang lima!

Nanti kaknjang cerita kenapa kena bagi ESP untuk Atok dan Nenek pula. Klik sini jika nak tahu kepentingan ESP untuk bapa.

Sebelum tu, dah beli ESP? Kaknjang jual!

Boleh WhatsApp kaknjang 019.668.6767 

Atau klik pada link di bawah:



Yours sincerely;
Kaknjang - MomIsHome - Azura Abdul



 Klik untuk pembelian secara online.
Klik di sini untuk pembelian ESP secara online.