Kenapa kaknjang masih setia dengan Shaklee?
Kaknjang makan banyak jenis supplement dari pelbagai brand sebelum kaknjang jumpa Shaklee pada tahun 2014. Tak pernah kekal kepada sesuatu jenama.
Kenapa makan supplement? Kaknjang suka baca bab-bab yang menyihatkan badan. Bila dah hujung-hujung 30an tu mulalah dok fikir macam mana lah agaknya aku ni lagi 20-30 tahun? Ye lah. Anak-anak pun masih bersekolah lagi sekarang. Lagi 20-30 tahun anak-anak dah berkeluarga, nak juga kaknjang merasa ligan cucu! Memang dah lama mula membaca bab-bab penuaan sihat. Mula dok ubah gaya hidup, mula bersenam, ubah cara makan dan tahu yang kita perlukan supplement ikutan perubahan semasa terutama dari segi pencemaran.
Walau dah dijodohkan dengan Shaklee pada tahun 2014 pun, kaknjang sebenarnya tak tau satu apa pun pasal Shaklee ni. Ikut kawan saja. Daftar sebab nanti boleh beli supplement bagus dengan harga murah. OK. Kaknjang ikut.
Dalam pencarian kaknjang menuju penuaan sihat ni, hujung 2015 kaknjang terjumpa pasal Landmark Study - kajian tentang penggunaan supplement untuk jangka masa panjang (>20 tahun) University of Carlifornia. Pengguna supplement vs tidak mengambil sebarang supplement. Wah! Menarik ni kaknjang kata. Kaknjang memang nak tau pasal pengambilam supplement untuk jangka masa panjang. Dan kaknjang ternampak Shaklee ada kat situ. Ini aku dah daftar dengan jenama ni. Apa kes pulak ni?
Rupa-rupanya, semasa nak mulakan kajian tu, Shaklee dengan beraninya nak stands out sebagai satu kumpulan kajian. Maksudnya kajian adalah mengenai kumpulan yang dah lebih 20 tahun samada tidak mengambil supplement, ambil supplement dari mana-mana jenama, ambil supplement Shaklee. Dalam hati kata, "Kalau result tak bagus, memang bungkus lah Shaklee ni. Berani sungguh!"
Tapi hasil kajian semuanya memihak kepada Shaklee!
Mengikut kajian pemakanan supplement, mereka yang mengamalkan pengambilan supplement Shaklee memiliki lebih rendah risiko terhadap penyakit jantung, otak, kanser dan kencing manis. Pengamal Shaklee juga lebih rendah risiko menghadapi serangan jantung.
Wah! Hati sudah mula berbunga. Baru mula nak mencintai Shaklee... kaknjang korek lagi lebih terperinci pasal Landmark Study ni, mengenai mereka yang terlibat dengan kajian ini.
Berbanding kumpulan kajian yang lain, geng Shaklee ni secara puratanya berumur 64 tahun.
Berbanding kumpulan kajian yang lain, geng Shaklee adalah mereka yang berpendidikan tinggi.
Dan bila ditanya apa yang mereka rasa tentang tahap kesihatan mereka, 85% dari geng Shaklee berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka berbanding kumpulan kajian lain yang hanya sekadar 50% lebih sikit sahaja yang berpuas hati.
Ok Shaklee! Its confirmed. I love you!!!
Nak tau lagi kenapa kaknjang masih setia dengan Shaklee?
Nanti kaknjang cerita lagi.
MomIsHome... The Shaklee Way!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan