Isnin, 4 Disember 2017

Pemakanan Sihat Sebagai Ikhtiar Rawatan Perubatan

DOES GOOD FOOD COUNT AS HEALTH CARE?
Jumpa satu artikel ni dalam InfoMed Malaysia Oct--Dec2017. 
Para doktor, pusat-pusat jagaan kesihatan dan program komuniti sedang mencari kaedah untuk memasukkan keperluan pemakanan sihat dalam rawatan perubatan.

Kalau tanya kaknjang, semestinya pemakanan yang baik menyumbang kepada penjagaan kesihatan terbaik.

Kaknjang sangat-sangat sokong sekiranya kajian lanjut dijalankan untuk tujuan ini.

Apa yang kaknjang harapkan ialah suatu hari nanti, bila keluar dari klinik atau hospital, bukan sekadar senarai ubatan yang perlu dibeli di farmasi yang diberikan kepada pesakit, tetapi juga senarai makanan sebenar yang perlu diambil bagi mengelakkan masalah kesihatan yang sama dari berulang kembali... paling tidak pun senarai makanan sebenar yang mampu membuatkan kita kekal sihat lebih lama.
Apa kata anda semua?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan