Misteri Penuaan
Penuaan merupakan proses semulajadi yang kompleks, melibatkan molekul, sel, organ dan fungsi tubuh. Semakin usia meningkat, lebih banyak lemak terkumpul di saluran darah dan akhirnya hilang kekenyalan sekaligus mengakibatkan arteriosklerosis atau pengerasan arteri.
Enzim-enzim penghadaman yang dihasilkan turut menurun, lantas kurang berupaya untuk menyerap zat makanan dan sistem pernafasan juga menurun secara progresif pada setiap peringkat umur bermula sekitar awal 20-an.
Persoalannya, mengapakah kita menjadi tua? Mengapa terdapat sesetengah orang yang kelihatan labih tua atau muda dari umur sebenar mereka? Adakah terdapat satu jangka hayat maksimum bagi manusia tidak kira bagaimana gaya hidup atau bantuan lain yang mungkin digunakan bagi memanjangkan hayat mereka? Dan apa yang paing penting, bagaimana untuk mempunyai usia yang panjang, kekal cergas, aktif dan bebas daripada penyakit-penyakit yang biasa dialami oleh warga tua?
Institut Penuaan National (The National Institute on Aging - NIA) di Amerika Syarikat, menyatakan yang dahulu pakar gerontologi hanya tertumpu pada satu bidang teori penuaan contohnya mengkaji baka atau penurunan sistem imun sahaja, tetapi kini, pakar-pakar terebut mengkaji proses-proses berganda, penggabungan dan tindakbalas ke atas banyak peringkat yang melibatkan sel, protein, tisu dan sistem organ yang lain. Pakar gerontologi kini berupaya melihat banyak mekanisme pada bahagian mana yang menyebabkan penuaan. Semakin pesat penyelidikan dijalankan, lebih banyak ilmu penuaan terhasil, maka pakar gerontologi lebih dekat mencapai matlamat dalam meningkatkan kesedaran bagi kesihatan optimum dan kebebasan dari penyakit penuaan dalam jangka hayat manusia.
Walaupun proses penuaan tidak dapat dielakkan, namun membongkar rahsia 'biologi' penuaan menjadi matlamat utama pencarian para saintis.
Cara sel menua, cara penuaan memberi kesan kepada fungsi tubuh, pembiakan dan kematian dapat membantu kita untuk lebih memahami punca-punca penuaan dan menemui jalan penyelesaian terhadap penyakit-penyakit yang biasa dihadapi oleh warga tua.
Epedemik Penuaan: Penyakit-penyakit dan Ketidakupayaan
Menurut perangkaan kesihatan dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat, kira-kira tiga perempat daripada kematian terdiri dari umur 65 tahun ke atas.
Kebanyakan kematian berpunca daripada keadaan kronik termasuk Penyakit Jantung dan Kanser yang merupakan dua punca kematian utama bagi mereka yang berusia 65 tahun ke atas untuk dua dekad yang lepas. Penyakit Angin Ahmar atau serebrovaskular menjadi punca ketiga teratas dan penyakit berkaitan pernafasan kronik merupakan punca keempat kematian manakala Alzheimer dan Kencing Manis juga terdiri daripada punca-punca utama kematian.
CDC secara tidak langsung menerangkan yang penuaan hanya akan menjadi lebih sihat, seronok dan produktif jika jumlah penyakit-penyakit kronik yang biasa dihidapi oleh warga tua dapat dicegah dan dikawal.
Penyakit kronik dan keadaan yang biasa dihadapi oleh warga tua:
- Penyakit kardiovaskular
- Kanser
- Tekanan Darah Tinggi
- Kencing Manis
- Terlebih Berat Badan /Masalah Kegemukan
- Nyanyuk
- Artritis
- Osteoporosis
- Penyakit-penyakit mata seperti Katarak dan Glaukoma
Teori-teori dan Mekanisme-mekanisme Penuaan: Cara-cara Penuaan Seseorang
Terlalu banyak teori yang berkaitan dengan biologi penuaan manusia. Lazimnya, ia terhabagi kepada dua kumpulan. Pertama, teori jangka hayat terancang yang mana penuaan mengikut aturan biologi. Kedua, teori haus dan lusuh (wear and tear) yang mana persekitaran memberi kesan terhadap proses penuaan seseorang. Hipoteses penuaan selular dan molekul yang utama adalah seperti berikut:
- Kerosakan dan Pemulihan DNA
- Pengaturan-pengaturan Genetik Penuaan
- Penuaan dan Kerosakan Mitokondria
- Pengumpulan Protein-protein Tidak Diperlukan (AGE protein)
- Penuaan Replikatif dan Telomer
- Ketidakfungsian Neuroendokrin
Sains Anti-Penuaan
Kebanyakan daripada penyelidikan penuaan kini tertumpu kepada topik berikut:
Kerosakan dan Pemulihan DNA
Kajian menunjukkan bahawa dengan mengurangkan proses kerosakan dan pemulihan DNA dapat memberi kesan peningkatan jangka hayat selular. Polifenol dan fitonutrien semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tertentu mempunyai ciri-ciri hebat yang mampu menyokong kesihatan dan sesetengah fitonutrien tertentu, yang dibuktikan melalui penyeledikan, termasuk polifenol dan resveratrol, boleh mengubahsuai kerosakan DNA. Kajian mendapati apabila sel-sel diuji dengan sebatian-sebatian semulajadi terpilih, kerosakan DNA dapat dikurangkan dengan resveratrol yang berupaya mencegah dan melindungi DNA serta mendorong pemulihannya.
Pengaturan-pengaturan Genetik Penuaan
Tumbuhan yang mempunyai polifenol telah dibuktikan mampu meningkatkan tenaga metabolisme selular bagi pengatur-pengatur genetik utama dalam proses lanjut usia yang memberi kesan positif pada proses penuaan selular. Satu kajian yang diiktiraf di makl=mal menunjukkan yang resveratrol memberi kesan positif dalam menghindar kesan buruk pada jantung dan hati akibat daripada diet yang tinggi lemak. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan ketahanan insulin, menurunkan paras gula dalam darah malah dapat mengurangkan penurunan mitokondria yang dapat dilihat dalam pengurusan diet.
Genetik dan Penyekatan Kalori
Para penyelidik di Sekolah Perubatan Havard telah menemui yang sesetengah gen dapat memberi kesan kepada penyekatan kalori (CR-calorie restriction) yang mana ia mampu melambatkan proses penuaan di dalam spesis yang diuji. Ia juga mampu mencegah kebanyakan penyakit penuaan seperti kanser, penyakit jantung, osteoporosis, diabetes dan neuron-degenerasi. Sesetengah pengkaji menumpukan perhatian yang lebih mendalam pada kajian CR untuk mencari penyelesaian yang boleh mengubati penyakit penuaan dan seterusnya menggalakkan sel untuk bertahan lebih lama.
Biogenesis Mitokondria dan Penuaan
Fungsi mitokondria optimum amat penting untuk mengekalkan pengeluaran tenaga selular dan fungsi sel sepanjang masa. Kajian makmal mendapati yang polifenol tertentu dapat meningkatkan tenaga biogenesis selular dan membantu meningkatkan pengeluaran 'loji-loji tenaga' mitokondria serta menggalakkan fungsi mitokondria yang sihat. Dalam beberapa kajian, resveratrol telah menunjukkan mampu memberikan kesan-kesan perlindungan berganda pada gangguan metabolik melalui galakan biogenesis mitokondria.
Pembentukan Protein AGE dan Penuaan
Kajian menunjukkan yang fitonutrien tertentu atau polifenolik boleh menghadkan pembentukan protein AGE (Advance Glycation End), yang seterusnya mengurangkan penompokannya bagi menggalakkan kesihatan selular dan dapat melanjutkan usia. Resveratrol mampu menyekat pembentukan AGE dan sekaligus memberikan perlindungan pada sistem kardiovaskular. Penyelidikan mendapati yang penggunaan polifenol anggur khusus dapat memberi manfaat pada penyakit kencing manis.
Keajaiban Alam Semulajadi: Rahsia Lanjut Usia
Banyak kajian dan penyelidikan mendapati yang bahab-bahan dari alam semulajadi mempunyai unsur-unsur yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Berikut adalah beberapa sumber alam semulajadi yang bermanfaat bagi kecergasan yang berpanjangan, sekaligus dapat memanjangkan usia.
Anggur Muscadine
Anggur Muscadine sebagai contoh, telah menimbulkan kekecohan di kalangan orang ramai dalam pencarian kaedah semulajadi untuk kelihatan lebih muda dan sihat. Ahli-ahli sains telah menemui Anggur Muscadine yang penuh dengan pelbagai khasiat berbanding tumbuhan lain yang sering diperkatakan orang. Anggur Muscadine termasuk bijinya merupakan satu daripada sumber terbaik yang bersifat antioksidan dan ciri-ciri anti-radang.
Kualiti unuk Anggur Muscadine adalah keupayaannya untuk menyembuhkan dirinya sendiri daripada penyakit, bakteria dan kulat. Sifat-sifat perlindungan semulajadi ini turut memberi kebaikan kepada sesiapa yang memakan Anggur Muscadine lebih-lebih lagi pada bahagian bijinya, di mana sebatian fenolik tertumpu di bahagian tersebut.
Jika dibandingkan dengan anggur lain, Anggur Muscadine mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol, yang boleh didapati dalam wain merah, yang terbukti mampu memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular, paras gula dalam darah dan proses penuaan, di antara isu-isu kesihatan yang lain.
Elderberi Orang Eropah
Elderberi digunakan berabad lamanya bagi merawat pelbagai penyakit termasuk artritis, asma, sembelit dan selsema. Elderberi mengandungi kalium dan kaya dengan vitamin C, serta terbukti mampu mengukuhkan sistem imun dalam beberapa kajian terbaru.
Elderberi juga merupakan sumber anthocyanins yang hebat yang mengandungi tiga kali karotenoid. Ia merupakan antioksidan yan gkuat dan dapat melindungi sel dari kerosakan yang disebabkan oleh bahan toksin alam sekitar, diet yang tidak seimbang dan tekanan.
Ia juga dapat mengurangkan kesan akibat kolesterol jahat dan menyekat platelet daripada melekat paa dinding saluran darah, seterusnya mengurangkan risiko aterosklerosis.
Selain itu, Elderberi mampu meningkatkan daya penglihatan malam kerana ia mengeluarkan rodopsin atau visual ungu dalam mata. Ia membantu mengurangkan cahaya dalam penglihatan, dan juga membantu dalam tekanan menurut kajian saintifik baru-baru ini.
Polygonum Cuspidatum
Polygonum Cuspidatum turut dikenali sebagai Jepun Knotweed. Ia merupakan sumber resveratrol semulajadi yang sama terdapat dalam ekstrak kulit dan biji anggur merah.
Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak khasiat kesihatan yang selalu terdapat dalam supplement anti-penuaan seperti ubat-ubatan Cina. Ahli-ahli sains telah menjalankan pelbagai ujian terhadap resveratrol. Ujian tersebut mendapati yang resveratrol mampu melambatkan proses penuaan, menurunkan tahap kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan prestasi olahraga dan menyingkirkan sebatian yang tidak diperlukan tubuh. Ia merupakan satu lagi penemuan yang menarik.
Lobak Ungu
Lobak Ungu merupakan sumber vitamin A terbaik dan mengandungi fitokimia termasuk karotenoid, fenolik, polyacetylenes, isokumarin dan sesquiterpens. Fitokimia adalah tumbuhan yang mempunyai antioksidan, anti-bakteria, anti-radang penyakit serta lain-lain pencegahan penyakit dan mempunyai ciri-ciri mempertingkatkan kesihatan.
Lobak Ungu juga mengandungi anthocyanins yang mempunyai kegiatan antipengoksida yang luar biasa. Beberapa kajian menunjukan yang anthocyanins mempunyai aktiviti biologi yang luas termasuk antipengoksida, anti-radang, agen anti-mikrob dan anti-karinogen. Tambahan lagi ia juga turut menunjukkan kepelbagaian kesan pada urat darah, platelet dan lipoproteins yang berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Berita baik untuk semua yang impikan penuaan sihat. Keempat-empat sumber botani ini (anggur muscadine, Elderberi Eropah, Knotweed Jepun dan lobak ungu) merupakan ramuan utama minuman botani hebat - VIVIX Shaklee!
Klik link ini untuk mencuba VIVIX Shaklee.
Klik link ini untuk mencuba VIVIX Shaklee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan