Khamis, 7 Disember 2017

Peppermint-Ginger Plus

Peppermint-Ginger Plus
Lega dan Tenang

Pudina dan Halia digunakan secara tradisional dan turun temurun untuk sensasi menenangkan dan melegakan perut.  Ia juga boleh membantu melawaskan penghadaman.*

Keistimewaan Shaklee
Peppermint-Gincer Plus mengandungi formulasi empat herba termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu penghadaman dan melegakan kembung perut.

Saranan Penggunaan:
Untuk dewasa sahaja.
Ambil 3tablet sekali sehari selepas makan.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan tempahan, boleh terus hubungi kaknjang di talian 019-6686767.

Atau wasap kaknjang, klik di sini.

* Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Ini adalah iklan produk suplemen.

Artikel Berkaitan:

Herb-Lax

Herb-Lax
Untuk Pelawasan

Pemakanan seimbang yang kaya dengan serat, pengambilan air yang banyak dan senaman yang kerap menyumbang kepada pergerakan usus yang sihat.

Untuk melegakan masalah sembelit yang kadang-kala berlaku, Herb-Lax melegakan masalah sembelit.
Keistimewaan Shaklee
Campuran proprietari Herb-Lax termasuk daun senna, yang digunakan secara traditional sebagai laksatif semulajadi.

Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh.
Saranan penggunaan:

Dewasa dan kanak-kanak 12 tahun ke atas:
4 tablet sehari selepas makan

Kanak-kanak bawah 12 tahun:
Rujuk doktor anda

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan tempahan, boleh terus hubungi kaknjang di talian 019-6686767.

Atau wasap kaknjang, klik di sini.

* Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Ini adalah iklan produk suplemen.


Artikel Berkaitan:

Alfalfa Shaklee

Alfalfa Complex
Nutrisi Hebat Semulajadi

Kategori mineral - membantu mengaktifkan enzim yang melaksanakan proses tubuh.

Alfalfa bermaksud "raja segala makanan" dan ada sebab gelaran tersebut diberikan - ia sangat berkhasiat.

Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah.

Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.*

Keistimewaan Shaklee
Alfalfa Complex adalah Shaklee Signature Formula yang asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada 1950an.

Ditanam di kawasan subur, Antelope Valley, Carlifornia, Shaklee menuai alfalfa semasa di puncak kematangan - semasa berumur 2 tahun, untuk memastikan anda memperolehi kandungan nutrisi sebaik mungkin.

Selepas dituai, ia diletakkan untuk pengeringan di bawah udara segar dan sinar matahari panas California, dan Shaklee hanya menggunakan serbuk dedaun untuk menghasilkan tablet alfalfa.


Saranan penggunaan:
Untuk dewasa sahaja.
Ambil 10 tablet sekali sehari selepas makan.

Alfalfa Complex Shaklee datang dalam 2 saiz. 
#10159 - Alfalfa (S) 330 tablet/33 hidangan.
#10162 - Alfalfa (L) 700 tablet/70 hidangan.


Untuk maklumat lanjut tentang produk dan tempahan, boleh terus hubungi kaknjang di talian 019-6686767.

Atau wasap kaknjang, klik di sini.

Selasa, 5 Disember 2017

Misteri Penuaan

Misteri Penuaan

Penuaan merupakan proses semulajadi yang kompleks, melibatkan molekul, sel, organ dan fungsi tubuh.  Semakin usia meningkat, lebih banyak lemak terkumpul di saluran darah dan akhirnya hilang kekenyalan sekaligus mengakibatkan arteriosklerosis atau pengerasan arteri. 

Enzim-enzim penghadaman yang dihasilkan turut menurun, lantas kurang berupaya untuk menyerap zat makanan dan sistem pernafasan juga menurun secara progresif pada setiap peringkat umur bermula sekitar awal 20-an.

Persoalannya, mengapakah kita menjadi tua?  Mengapa terdapat sesetengah orang yang kelihatan labih tua atau muda dari umur sebenar mereka?  Adakah terdapat satu jangka hayat maksimum bagi manusia tidak kira bagaimana gaya hidup atau bantuan lain yang mungkin digunakan bagi memanjangkan hayat mereka?  Dan apa yang paing penting, bagaimana untuk mempunyai usia yang panjang, kekal cergas, aktif dan bebas daripada penyakit-penyakit yang biasa dialami oleh warga tua?

Institut Penuaan National (The National Institute on Aging - NIA) di Amerika Syarikat, menyatakan yang dahulu pakar gerontologi hanya tertumpu pada satu bidang teori penuaan contohnya mengkaji baka atau penurunan sistem imun sahaja, tetapi kini, pakar-pakar terebut mengkaji proses-proses berganda, penggabungan dan tindakbalas ke atas banyak peringkat yang melibatkan sel, protein, tisu dan sistem organ yang lain.  Pakar gerontologi kini berupaya melihat banyak mekanisme pada bahagian mana yang menyebabkan penuaan.  Semakin pesat penyelidikan dijalankan, lebih banyak ilmu penuaan terhasil, maka pakar gerontologi lebih dekat mencapai matlamat dalam meningkatkan kesedaran bagi kesihatan optimum dan kebebasan dari penyakit penuaan dalam jangka hayat manusia.

Walaupun proses penuaan tidak dapat dielakkan, namun membongkar rahsia 'biologi' penuaan menjadi matlamat utama pencarian para saintis.  

Cara sel menua, cara penuaan memberi kesan kepada fungsi tubuh, pembiakan dan kematian dapat membantu kita untuk lebih memahami punca-punca penuaan dan menemui jalan penyelesaian terhadap penyakit-penyakit yang biasa dihadapi oleh warga tua.

Epedemik Penuaan: Penyakit-penyakit dan Ketidakupayaan

Menurut perangkaan kesihatan dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat, kira-kira tiga perempat daripada kematian terdiri dari umur 65 tahun ke atas.  

Kebanyakan kematian berpunca daripada keadaan kronik termasuk Penyakit Jantung dan Kanser yang merupakan dua punca kematian utama bagi mereka yang berusia 65 tahun ke atas untuk dua dekad yang lepas.  Penyakit Angin Ahmar atau serebrovaskular menjadi punca ketiga teratas dan penyakit berkaitan pernafasan kronik merupakan punca keempat kematian manakala Alzheimer dan Kencing Manis juga terdiri daripada punca-punca utama kematian.  

CDC secara tidak langsung menerangkan yang penuaan hanya akan menjadi lebih sihat, seronok dan produktif jika jumlah penyakit-penyakit kronik yang biasa dihidapi oleh warga tua dapat dicegah dan dikawal.

Penyakit kronik dan keadaan yang biasa dihadapi oleh warga tua:

  • Penyakit kardiovaskular
  • Kanser
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Terlebih Berat Badan /Masalah Kegemukan
  • Nyanyuk
  • Artritis
  • Osteoporosis
  • Penyakit-penyakit mata seperti Katarak dan Glaukoma

Teori-teori dan Mekanisme-mekanisme Penuaan: Cara-cara Penuaan Seseorang

Terlalu banyak teori yang berkaitan dengan biologi penuaan manusia.  Lazimnya, ia terhabagi kepada dua kumpulan.  Pertama, teori jangka hayat terancang yang mana penuaan mengikut aturan biologi.  Kedua, teori haus dan lusuh (wear and tear) yang mana persekitaran memberi kesan terhadap proses penuaan seseorang.  Hipoteses penuaan selular dan molekul yang utama adalah seperti berikut:
  • Kerosakan dan Pemulihan DNA
  • Pengaturan-pengaturan Genetik Penuaan
  • Penuaan dan Kerosakan Mitokondria
  • Pengumpulan Protein-protein Tidak Diperlukan (AGE protein)
  • Penuaan Replikatif dan Telomer
  • Ketidakfungsian Neuroendokrin

Sains Anti-Penuaan

Kebanyakan daripada penyelidikan penuaan kini tertumpu kepada topik berikut:

Kerosakan dan Pemulihan DNA

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengurangkan proses kerosakan dan pemulihan DNA  dapat memberi kesan peningkatan jangka hayat selular.  Polifenol dan fitonutrien semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tertentu mempunyai ciri-ciri hebat yang mampu menyokong kesihatan dan sesetengah fitonutrien tertentu, yang dibuktikan melalui penyeledikan, termasuk polifenol dan resveratrol, boleh mengubahsuai kerosakan DNA.  Kajian mendapati apabila sel-sel diuji dengan sebatian-sebatian semulajadi terpilih, kerosakan DNA dapat dikurangkan dengan resveratrol yang berupaya mencegah dan melindungi DNA serta mendorong pemulihannya.

Pengaturan-pengaturan Genetik Penuaan

Tumbuhan yang mempunyai polifenol telah dibuktikan mampu meningkatkan tenaga metabolisme selular bagi pengatur-pengatur genetik utama dalam proses lanjut usia yang memberi kesan positif pada proses penuaan selular.   Satu kajian yang diiktiraf di makl=mal menunjukkan yang resveratrol memberi kesan positif dalam menghindar kesan buruk pada jantung dan hati akibat daripada diet yang tinggi lemak.  Selain itu, ia juga dapat meningkatkan ketahanan insulin, menurunkan paras gula dalam darah malah dapat mengurangkan penurunan mitokondria yang dapat dilihat dalam pengurusan diet.

Genetik dan Penyekatan Kalori

Para penyelidik di Sekolah Perubatan Havard telah menemui yang sesetengah gen dapat memberi kesan kepada penyekatan kalori (CR-calorie restriction) yang mana ia mampu melambatkan proses penuaan di dalam spesis yang diuji.  Ia juga mampu mencegah kebanyakan penyakit penuaan seperti kanser, penyakit jantung, osteoporosis, diabetes dan neuron-degenerasi. Sesetengah pengkaji menumpukan perhatian yang lebih mendalam pada kajian CR untuk mencari penyelesaian yang boleh mengubati penyakit penuaan dan seterusnya menggalakkan sel untuk bertahan lebih lama.

Biogenesis Mitokondria dan Penuaan

Fungsi mitokondria optimum amat penting untuk mengekalkan pengeluaran tenaga selular dan fungsi sel sepanjang masa. Kajian makmal mendapati yang polifenol tertentu dapat meningkatkan tenaga biogenesis selular dan membantu meningkatkan pengeluaran 'loji-loji tenaga' mitokondria serta menggalakkan fungsi mitokondria yang sihat.  Dalam beberapa kajian, resveratrol telah menunjukkan mampu memberikan kesan-kesan perlindungan berganda pada gangguan metabolik melalui galakan biogenesis mitokondria.

Pembentukan Protein AGE dan Penuaan

Kajian menunjukkan yang fitonutrien tertentu atau polifenolik boleh menghadkan pembentukan protein AGE (Advance Glycation End), yang seterusnya mengurangkan penompokannya bagi menggalakkan kesihatan selular dan dapat melanjutkan usia.  Resveratrol mampu menyekat pembentukan AGE dan sekaligus memberikan perlindungan pada sistem kardiovaskular.  Penyelidikan mendapati yang penggunaan polifenol anggur khusus dapat memberi manfaat pada penyakit kencing manis.

Keajaiban Alam Semulajadi: Rahsia Lanjut Usia

Banyak kajian dan penyelidikan mendapati yang bahab-bahan dari alam semulajadi  mempunyai unsur-unsur yang diperlukan untuk kesihatan manusia.  Berikut adalah beberapa sumber alam semulajadi yang bermanfaat bagi kecergasan yang berpanjangan, sekaligus dapat memanjangkan usia.

Anggur Muscadine

Anggur Muscadine sebagai contoh, telah menimbulkan kekecohan di kalangan orang ramai dalam pencarian kaedah semulajadi untuk kelihatan lebih muda dan sihat.  Ahli-ahli sains telah menemui Anggur Muscadine yang penuh dengan pelbagai khasiat berbanding tumbuhan lain yang sering diperkatakan orang.  Anggur Muscadine termasuk bijinya merupakan satu daripada sumber terbaik yang bersifat antioksidan dan ciri-ciri anti-radang.

Kualiti unuk Anggur Muscadine adalah keupayaannya untuk menyembuhkan dirinya sendiri daripada penyakit, bakteria dan kulat.  Sifat-sifat perlindungan semulajadi ini turut memberi kebaikan kepada sesiapa yang memakan Anggur Muscadine lebih-lebih lagi pada bahagian bijinya, di mana sebatian fenolik tertumpu di bahagian tersebut.

Jika dibandingkan dengan anggur lain, Anggur Muscadine mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol, yang boleh didapati dalam wain merah, yang terbukti mampu memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular, paras gula dalam darah dan proses penuaan, di antara isu-isu kesihatan yang lain.

Elderberi Orang Eropah

Elderberi digunakan berabad lamanya bagi merawat pelbagai penyakit termasuk artritis, asma, sembelit dan selsema.  Elderberi mengandungi kalium dan kaya dengan vitamin C, serta terbukti mampu mengukuhkan sistem imun dalam beberapa kajian terbaru.

Elderberi juga merupakan sumber anthocyanins yang hebat yang mengandungi tiga kali karotenoid.  Ia merupakan antioksidan yan gkuat dan dapat melindungi sel dari kerosakan yang disebabkan oleh bahan toksin alam sekitar, diet yang tidak seimbang dan tekanan.

Ia juga dapat mengurangkan kesan akibat kolesterol jahat dan menyekat platelet daripada melekat paa dinding saluran darah, seterusnya mengurangkan risiko aterosklerosis.

Selain itu, Elderberi mampu meningkatkan daya penglihatan malam kerana ia mengeluarkan rodopsin atau visual ungu dalam mata.  Ia membantu mengurangkan cahaya dalam penglihatan, dan juga membantu dalam tekanan menurut kajian saintifik baru-baru ini.

Polygonum Cuspidatum

Polygonum Cuspidatum turut dikenali sebagai Jepun Knotweed.  Ia merupakan sumber resveratrol semulajadi yang sama terdapat dalam ekstrak kulit dan biji anggur merah.

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak khasiat kesihatan yang selalu terdapat dalam supplement anti-penuaan seperti ubat-ubatan Cina.  Ahli-ahli sains telah menjalankan pelbagai ujian terhadap resveratrol.  Ujian tersebut mendapati yang resveratrol mampu melambatkan proses penuaan, menurunkan tahap kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan prestasi olahraga dan menyingkirkan sebatian yang tidak diperlukan tubuh.  Ia merupakan satu lagi penemuan yang menarik.

Lobak Ungu

Lobak Ungu merupakan  sumber vitamin A terbaik dan mengandungi fitokimia termasuk karotenoid, fenolik, polyacetylenes, isokumarin dan sesquiterpens.  Fitokimia adalah tumbuhan yang mempunyai antioksidan, anti-bakteria, anti-radang penyakit serta lain-lain pencegahan penyakit dan mempunyai ciri-ciri mempertingkatkan kesihatan.

Lobak Ungu juga mengandungi anthocyanins yang mempunyai kegiatan antipengoksida yang luar biasa.  Beberapa kajian menunjukan yang anthocyanins mempunyai aktiviti biologi yang luas termasuk antipengoksida, anti-radang, agen anti-mikrob dan anti-karinogen.  Tambahan lagi ia juga turut menunjukkan kepelbagaian kesan pada urat darah, platelet dan lipoproteins yang berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Berita baik untuk semua yang impikan penuaan sihat.  Keempat-empat sumber botani ini (anggur muscadine, Elderberi Eropah, Knotweed Jepun dan lobak ungu) merupakan ramuan utama minuman botani hebat - VIVIX Shaklee!

Klik link ini untuk mencuba VIVIX Shaklee.

Isnin, 4 Disember 2017

Pemakanan Sihat Sebagai Ikhtiar Rawatan Perubatan

DOES GOOD FOOD COUNT AS HEALTH CARE?
Jumpa satu artikel ni dalam InfoMed Malaysia Oct--Dec2017. 
Para doktor, pusat-pusat jagaan kesihatan dan program komuniti sedang mencari kaedah untuk memasukkan keperluan pemakanan sihat dalam rawatan perubatan.

Kalau tanya kaknjang, semestinya pemakanan yang baik menyumbang kepada penjagaan kesihatan terbaik.

Kaknjang sangat-sangat sokong sekiranya kajian lanjut dijalankan untuk tujuan ini.

Apa yang kaknjang harapkan ialah suatu hari nanti, bila keluar dari klinik atau hospital, bukan sekadar senarai ubatan yang perlu dibeli di farmasi yang diberikan kepada pesakit, tetapi juga senarai makanan sebenar yang perlu diambil bagi mengelakkan masalah kesihatan yang sama dari berulang kembali... paling tidak pun senarai makanan sebenar yang mampu membuatkan kita kekal sihat lebih lama.
Apa kata anda semua?

Rabu, 15 November 2017

Kenapa Saya Masih Setia Dengan Shaklee Part 1.

Kenapa kaknjang masih setia dengan Shaklee?

Kaknjang makan banyak jenis supplement dari pelbagai brand sebelum kaknjang jumpa Shaklee pada tahun 2014. Tak pernah kekal kepada sesuatu jenama.

Kenapa makan supplement? Kaknjang suka baca bab-bab yang menyihatkan badan. Bila dah hujung-hujung 30an tu mulalah dok fikir macam mana lah agaknya aku ni lagi 20-30 tahun? Ye lah. Anak-anak pun masih bersekolah lagi sekarang. Lagi 20-30 tahun anak-anak dah berkeluarga, nak juga kaknjang merasa ligan cucu! Memang dah lama mula membaca bab-bab penuaan sihat. Mula dok ubah gaya hidup, mula bersenam, ubah cara makan dan tahu yang kita perlukan supplement ikutan perubahan semasa terutama dari segi pencemaran. 

Walau dah dijodohkan dengan Shaklee pada tahun 2014 pun, kaknjang sebenarnya tak tau satu apa pun pasal Shaklee ni. Ikut kawan saja. Daftar sebab nanti boleh beli supplement bagus dengan harga murah. OK. Kaknjang ikut.

Dalam pencarian kaknjang menuju penuaan sihat ni, hujung 2015 kaknjang terjumpa pasal Landmark Study - kajian tentang penggunaan supplement untuk jangka masa panjang (>20 tahun) University of Carlifornia. Pengguna supplement vs tidak mengambil sebarang supplement. Wah! Menarik ni kaknjang kata. Kaknjang memang nak tau pasal pengambilam supplement untuk jangka masa panjang. Dan kaknjang ternampak Shaklee ada kat situ. Ini aku dah daftar dengan jenama ni. Apa kes pulak ni?

Rupa-rupanya, semasa nak mulakan kajian tu, Shaklee dengan beraninya nak stands out sebagai satu kumpulan kajian. Maksudnya kajian adalah mengenai kumpulan yang dah lebih 20 tahun samada tidak mengambil supplement, ambil supplement dari mana-mana jenama, ambil supplement Shaklee. Dalam hati kata, "Kalau result tak bagus, memang bungkus lah Shaklee ni. Berani sungguh!"

Tapi hasil kajian semuanya memihak kepada Shaklee!

Mengikut kajian pemakanan supplement, mereka yang mengamalkan pengambilan supplement Shaklee memiliki lebih rendah risiko terhadap penyakit jantung, otak, kanser dan kencing manis. Pengamal Shaklee juga lebih rendah risiko menghadapi serangan jantung.

Wah! Hati sudah mula berbunga. Baru mula nak mencintai Shaklee... kaknjang korek lagi lebih terperinci pasal Landmark Study ni, mengenai mereka yang terlibat dengan kajian ini.

Berbanding kumpulan kajian yang lain, geng Shaklee ni secara puratanya berumur 64 tahun.

Berbanding kumpulan kajian yang lain, geng Shaklee adalah mereka yang berpendidikan tinggi.

Dan bila ditanya apa yang mereka rasa tentang tahap kesihatan mereka, 85% dari geng Shaklee berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka berbanding kumpulan kajian lain yang hanya sekadar 50% lebih sikit sahaja yang berpuas hati.

Ok Shaklee! Its confirmed. I love you!!!

Nak tau lagi kenapa kaknjang masih setia dengan Shaklee?

Nanti kaknjang cerita lagi.

MomIsHome... The Shaklee Way!

Khamis, 9 November 2017

Cara Menghilangkan Sakit Perut Selepas Makan


Geng-geng seangkatan Kaknjang yang menuju pertengahan 40an ni selalu komplen pasal perut mereka.

Ramai yang senak perut selepas makan sampai kembung sebu semua cukup.

Paling tak best bila kentut tak lepas dan sendawa pun macam tak lepas juga. Kalau terlepas pun mesti kat tempat dan ketika yang tak best dan bau pun cukup menyesakkan persekitaran.

Bila angin tak berapa nak lepas atas bawah, pembuangan pun tak berapa nak lawas. Lagi lah senak perut tu.

Ada 2 sebab utama kita rasa sakit perut selepas makan ni.

Yang pertamanya ialah IBS - Irritable Bowel Syndrom. Senang cakap, dalam kes ni, usus kita tak nak gerak. Bila usus tak gerak, kita tak membuang. Ini menyebabkan sepanjang usus kita tu penuh dengan sisa kumbahan. Jadi, bila kita makan, sedangkan salur usus kita masih penuh, seumpama kita menyumbat satu belon panjang dengan benda pejal. Boleh bayangkan tak betapa tegangnya struktur belon itu? Macam tu lah jugak perut kita.

Sebab kedua yang buat kita rasa sakit perut selepas makan ni ialah masalah pencernaan. Ini melibatkan penghasilan asid dalam perut bagi mencernakan segala apa yang kita makan. Ketidakseimbangan antara solid dan liquid dalam perut, di tambah pula dengan muatan berebihan dalam perut menyebabkan asid dalam perut melimpah ke salur esofagus. Itu yang kita panggil pedih ulu hati. Memang pedih, rasa macam terbakar kat belakang tulang dada.

Asbab kepada masalah sakit perut lepas makan tadi tu, badan rasa sungguh stress dan letih terutama bila time nak maghrib dan ke atas. Balik rumah memang flat habis tak dan nak berfamily-time dah, hanyut dulu.

Sangat tak best kan? Jangan risau - nanti stress. Stress tu pun antara sebab perut jadi kelam kabut.

Ada beberapa sebab kenapa perut tak selesa selepas makan:
  1. Makan tak tentu masa. 
  2. Makan makanan segera siap sedia. 
  3. Makan makanan berlemak/pedas
  4. Makan terlalu banyak dalam satu masa. 
  5. Makan buah dan sayur selepas nasi dan lauk. 
  6. Minum terlalu banyak air semasa makan. 
  7. Tidak cukup minum air sepanjang hari.
  8. Makan terlalu cepat. 
  9. Baring/tidur selepas makan.
  10. Tidak bersenam.
Macam pernah dengar je semua tu kan? Jangan risau. Apa yang kaknjang senaraikan tu semua adalah punca kenapa sakit perut selepas makan. Semua tu adalah punca kenapa kita selalu rasa senak, kembung dan sebu selepas makan.

Dari senarai tu sahaja dapat kita simpulkan bahawa apa yang penting ialah "makan" - 80%. Selebihnya aktiviti kita - 20%.

Mana-mana pun kita buat kajian tentang nak tangani sesuatu masalah kesihatan atau yang berkaitan tentang tubuh kita; semua akan beri jawapan yang hampir sama:
  1. Pemakanan yang sihat
  2. Gaya hidup sihat
  3. Suplemen
Jadi, macam mana cara nak hilangkan sakit perut selepas makan ni? Mai sini kaknjang nak habaq.

Cara makan untuk mengelakkan sakit perut selepas makan:
  1. Makan pada masanya. 
  2. Makan makanan sebenar - masak sendiri paling bagus.
  3. Elakkan/kurangkan makan berlemak/pedas.
  4. Makan ikut saiz hidangan sihat - suku-suku-separuh.
  5. Bila makan, mulakan dengan buah dan sayur.
  6. Elakkan makan sambil bersulam minum air sepanjang waktu makan.
  7. Pastikan pengambian air yang cukup sepanjang hari
  8. Makan perlahan-lahan.
Gaya hidup sihat untuk menggalakkan kesihatan tubuh:
  1. Bersenam sekurang-kurangnya 30minit setiap sesi sehari, 3-5 kali seminggu.
  2. Bersukan
  3. Jangan tidur selepas makan.
  4. Jangan bersukan selepas makan berat.
  5. Makan berat terakhir adalah pada jam 6 - 7 petang.
Suplemen untuk atasi masalah sakit perut:
  1. Alfalfa mengandungi enzim pencernaan yang tinggi untuk membantu proses penghadaman dan pencernaan protein, lemak dan karbohidrat. Mengurangkan gas terhasil semasa pencernaan makanan yang dimakan sebelumnya. Kandungan potassium membantu atasi masalah sembelit. Sifatnya yang beralkali bantu mengurangkan masalah gastrik atau pedih ulu hati.
  2. Daun Pudina - mengurangkan sakit dan kembung sebab IBS dan ketidakhadaman.
  3. Halia - merawat sakit perut, loya dan muntah.
  4. Daun Senna - merawat sembelit. Juga digunakan untuk membersihkan usus sebelum ujian colonoscopy. Daun senna juga digunakan untuk sindrom IBS, buasir dan penurunan berat badan.
Untuk cara makan dan gaya hidup sihat untuk menghilangkan sakit perut sepelas makan tu anda semua kena usaha sendiri. Kaknjang hanya boleh bantu cadangkan apa yang perlu. 

Untuk bahagian suplemen, kaknjang boleh tolong cadangkan Set Kesihatan Perut* - Basic yang terdiri dari Alfalfa Complex Shaklee* + Herb-Lax Shaklee* + Peppermint-Ginger Shaklee*.

Set Kesihatan Perut - RM172.25

Cara nak dapatkan set kesihatan perut:
1 - Pembelian secara online:
Anda akan dibawa ke laman sesawang Shaklee yang selamat untuk pembelian 3 suplemen ini. Anda boleh memilih untuk tidak membeli mana-mana suplement yang tidak diperlukan. Anda juga boleh menambah bilangan kuantiti suplement yang diperlukan.
Caj penghantaran sebanyak RM10.60 akan ditambah dihujung transaksi. Pembayaran adalah menggunakan kad kredit atau debit

Untuk tempahan set ini secara online, sila klik di sini.

2- WhatsApp kaknjang di 0196686767 untuk tempahan.
WhatsApp kaknjang dengan masalah kesihatan yang perlu ditangani.  Kita bincang apa yang sesuai dan teruskan dari situ.
Hubungi kaknjang secara whatsAppklik di sini.

Setiap pembelian produk akan disertakan dengan:
- PERCUMA bekas vitamin (sementara stok masih ada)
- PERCUMA plan pemakanan sihat untuk perut sihat
- PERCUMA tips pengambilan produk Shaklee khusus untuk simptom yang anda hadapi
PERCUMA kos pos semenanjung malaysia (pembelian melalui wasap sahaja)

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan tempahan, boleh terus hubungi kaknjang di talian 019-6686767.

Kaknjang tolong sampai jadi!

#MomIsHome
#LiveAmazing #TheShakleeWay
#NoMoreGastric
#SakitPerutLepasMakan

* Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Ini adalah iklan produk suplemen.